peka tenaga malaysia energy literacy program
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan 

Nurul Naqiyah

Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan

1. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

2. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menerapkan budaya peka tenaga agar para penggiat industri sukan dapat mengambil langkah-langkah kecekapan dan penjimatan tenaga, sekali gus mengurangkan kos operasi.

Melalui kerjasama ini para pengendali pusat-pusat dan kemudahan sukan boleh menyumbang kepada agenda nasional dalam menghadapi cabaran perubahan iklim melalui pengurusan bijak dan cekap tenaga di premis masing-masing.

3. YB Hannah Yeoh berkata acara sukan biasanya menggunakan tenaga dalam jumlah yang signifikan dan para pengendali pusat-pusat latihan dan kemudahan sukan seperti stadium, padang, pelbagai jenis gelanggang dan arena serta gimnasium boleh melakukan penjimatan melalui amalan penggunaan tenaga elektrik yang cekap. KBS juga telah memutuskan untuk mendapatkan khidmat anak Syarikat TNB, TNB energy Services (TNBES) bagi melaksanakan projek rintis penjimatan kos elektrik di fasiliti-failiti sukan KBS.

4. YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA berkata, rakyat perlu mengambil tahu terhadap apa jua inisiatif tenaga boleh baharu (TBB), pendigitalan dan pemodenan sistem tenaga, serta penggunaan teknologi hijau, sekali gus menyokong peralihan tenaga bagi meningkatkan tenaga bersih untuk melindungi bumi dan mewujudkan keseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekeliling.

5. Program anjuran TNB dengan kerjasama PETRA itu dihadiri oleh para pengendali fasiliti sukan dan penggiat industri sukan. Program MELP yang dibangunkan oleh TNB telah diangkat menjadi agenda kementerian dalam usaha meningkatkan kefahaman rakyat mengenai kepentingan tenaga, khususnya membentuk amalan cekap tenaga sekali gus menyumbang kepada peralihan tenaga.