
Sejak pandemik melanda dunia awal tahun lalu, mod pembelajaran dan bekerja secara atas talian digunakan secara meluas di Malaysia. Oleh itu, selain telefon pintar, komputer kini menjadi salah satu keperluan bagi kebanyakan daripada kita.
Masih berada dalam fasa pandemik, Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan bencana banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Fenomena banjir kali ini mendatangkan kesan yang cukup serius kepada banyak jiwa, di mana rata-rata daripada mangsa ini ada yang tidak sempat menyelamatkan apa-apa.
Terpanggil untuk meringankan beban mangsa banjir, pusat servis komputer di Batu Caves ini melalui hebahan di laman Instagram menawarkan servis percuma untuk laptop dan komputer yang rosak akibat banjir. Tawaran ini dibuka bermula hari ini hingga 28 Disember 2021.
Mereka yang mengalami kerosakan komputer akibat ditenggelami banjir boleh menghantar komputer untuk diservis di alamat AmiTech Solutions, No 41A, Jalan SG 10/4, Taman Seri Gombak, Batu Caves. Pemilik dinasihatkan untuk tidak membuka (on) laptop atau komputer peribadi terlebih dahulu sebelum diservis.
AmiTech beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula 10 pagi hingga 5 petang. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil AmiTech di talian 018-2664426.
Sumber: AmiTech My