Servis Ihsan Madani Perodua: Diskaun Servis dan Baucar RM20
Kredit : Perodua
Tiada Kategori

Servis Ihsan Madani Perodua: Diskaun Servis dan Baucar RM20

suhaila

Servis Ihsan Madani Perodua: Diskaun Servis dan Baucar RM20

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, setiap pemilik kenderaan pasti mencari jalan bagaimana untuk menjimatkan kos penyelenggaraan tanpa mengorbankan keselamatan di jalan raya.

Bagi pemilik Perodua, ada berita baik yang pasti melegakan hati. Servis Ihsan Madani (SIM) kini diperkenalkan sebagai inisiatif khas untuk meringankan beban rakyat.

Program ini bukan sekadar menawarkan diskaun 10% hingga 30% bagi servis asas, malah turut memberi e-baucar RM20 yang boleh ditebus untuk servis akan datang.

Inisiatif ini hadir tepat pada masanya terutama bagi mereka yang sering menangguhkan jadual servis kerana risau dengan kos yang tinggi.

Dengan tawaran SIM, pemilik Perodua boleh memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik tanpa perlu berbelanja besar.

Ia seolah-olah memberi nafas baharu kepada pengguna. Bukan sahaja kereta kekal tiptop, malah dompet juga tidak terasa terlalu terbeban

Apa itu Servis Ihsan Madani (SIM)?

Servis Ihsan Madani adalah tawaran khas kepada pemilik kenderaan Perodua yang berdaftar di mana mereka berpeluang menikmati diskaun 10% hingga 30% bagi pakej servis asas.

Antara servis yang diliputi termasuklah penukaran minyak enjin, penapis minyak dan gasket iaitu komponen penting yang menentukan kelancaran prestasi kereta.

Menariknya, pelanggan juga akan menerima e-baucar bernilai RM20 yang boleh digunakan untuk servis seterusnya. Ia merupakan satu langkah bijak yang bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos malah menggalakkan pemilik kenderaan untuk terus melakukan servis mengikut jadual.

Program Servis Ihsan Madani (SIM) ini sebenarnya bukan hanya melibatkan Perodua semata-mata tetapi merupakan usaha kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan tiga nama besar dalam industri automotif negara.

Antara yang terlibat ialah PETRONAS Dagangan Berhad melalui inisiatif Servis Ihsan Madani @ PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX), Perodua dengan Servis Ihsan Madani @ Perodua (SIM@Perodua) serta Proton yang turut serta dengan Servis Ihsan Madani @ Proton (SIM@Proton).

Dengan penglibatan tiga jenama gergasi ini, jelas bahawa program ini digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati faedah servis berkualiti pada harga yang lebih mampu milik.

Tempoh dan Syarat Promosi

PProgram ini berlangsung dalam tempoh 20 hari sahaja, bermula dari 19 Ogos hingga 1 Oktober 2025. Ia hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Rabu di pusat servis Perodua terpilih.

Tawaran ini khusus untuk warganegara Malaysia dan tidak terbuka kepada pelanggan syarikat atau bukan warganegara.

Dengan syarat yang ringkas dan mudah, inisiatif ini jelas disasarkan untuk memberi manfaat terus kepada pengguna biasa khususnya golongan B40 dan M40 yang ingin berjimat tanpa mengabaikan penjagaan kenderaan.

Cara menebus servis Ihsan Madani

Untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi rasmi UFirst yang dibangunkan Perodua. Prosesnya juga mudah:

  • Muat turun aplikasi UFirst melalui telefon pintar.

  • Pilih pusat servis Perodua berhampiran yang mengambil bahagian.

  • Buat tempahan janji temu servis secara dalam talian.

  • Datang ke pusat servis pada tarikh dan masa yang ditetapkan khususnya Isnin hingga Rabu sepanjang tempoh program.

  • Nikmati diskaun dan tuntut e-baucar RM20 untuk kegunaan pada servis seterusnya.

Pelanggan digalakkan untuk menghubungi pusat servis pilihan lebih awal bagi memastikan ketersediaan slot janji temu serta pengesahan penyertaan mereka dalam promosi SIM ini.

Inisiatif Servis Ihsan Madani Perodua ini jelas membuktikan usaha kerajaan bersama Perodua dalam meringankan beban rakyat tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan penjagaan kenderaan.

Bagi pemilik Perodua, inilah peluang terbaik untuk berjimat sambil memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan tiptop.

Jangan lepaskan tawaran terhad ini. Rancang janji temu anda lebih awal dan nikmati manfaat yang disediakan khas untuk anda.

Sumber : perodua, KPDN

BACA : Kenapa Kereta Terbakar? Ini 6 Punca Yang Ramai Tak Jangka

BACA :

7 Perkara, Tip Penting Sebelum Anda Bercuti Ke China