“Seriously, Kaki Dia Rangup,” Lelaki Ini Dakwa Tak Perasan Ada Lipas Dalam Aiskrim Sampai Tergigit Kaki

Sha Rossa

Bila disebut sahaja lipas, rata-rata antara kita mesti merasa geli terutamanya bagi mereka yang ‘penakut’ dan sangat anti dengan serangga berkaki enam ini.

Apatah lagi jika serangga ini dilihat terbang berkeliaran di dalam rumah. Bukan perempuan, golongan lelaki pun merasa gerun. Belum sempat lipas datang mendekat, sudah menjerit lari!

Namun, bagaimana agaknya ketika sedang menikmati ais krim kegemaran anda, lipas yang ditakuti itu dikunyah tanpa sedar? Bila melihat ais krim yang digigit, kaki lipas sudah hilang ditelan di dalam mulut.

Tak dapat dibayangkan seperti perkongsian gambar oleh seorang individu ini menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang meraih perhatian ramai warganet.

Tidak sampai 24 jam dimuatnaik, perkongsian tersebut mendapat 17 ribu tanda suka, 5,4 ribu komen dan 2.7 ribu perkongsian di Facebook.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen bukan sahaja merasa geli dan loya, malah turut berseloroh dengan mengatakan bahawa aiskrim tersebut merupakan perisa baharu yang patut dicuba.

Tak kurang juga, ada yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan kejadian sama seperti memakan sup lipas dan lalat goreng yang rangup. Memang geli!

‘Confirm’ seminggu teringat

Muntah hijau tengok

Perisa tambahan yang ‘rare’

Saya pernah terkunyah lalat, bila kunyah rasa rangup

Dah makan baru perasan lipas dalam sup

Sumber: Fareez Rahman via FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official