Anda mesti pernah jumpa paket gel silika kecil setiap kali anda membeli barangan seperti kasut, ubat atau makanan kering. Namun, tiap kali anda menemui paket silika gel ini, kebanyakan orang mesti memasukkannya ke dalam tong sampah.
Tahukah anda, gel silika yang sering anda buang itu mempunyai banyak kegunaannya. Terdapat 7 sebab yang anda perlu tahu mengenai gel silika ini.
Gel silika berfungsi untuk menyerap kelembapan yang terdapat dalam alat eletronik dengan sempurna. Sekiranya peranti anda seperti telefon bimbit basah. Anda boleh memasukkan telefon ke dalam beg ziplock bersama gel silika di dalamnya. Kemudian tutup dengan rapat dan biarkan selama 72 jam. Cara ini dapat mengurangkan risiko kerosakkan disebabkan oleh air.
Kabus dihadapan cermin kereta akan mengganggu perjalanan anda di jalan raya. Untuk membantu anda mengatasi masalah ini, letakkan beberapa paket gel silika di bahagian cermin kereta anda. Anda dapat menikmati perjalanan dengan selesa.
Sikila gel dapat digunakan untuk mengawet makanan seperti benih, rempah dan makanan haiwan. Supaya makanan tersebut tidak cepat basi. Caranya, masukkan paket silika gel ke dalam bekas makanan.
Untuk mengelakkan cadar dan tuala anda berbau, simpan beberapa paket silika gel bersamanya. Gel silika ini berfungsi untuk menyerap kelembapan, melambatkan proses penyebaran bakteria dan mencegah daripada bau yang tidak menyenangkan.
Karat boleh berlaku kerana kadar kelembapan yang tinggi. Anda boleh menyimpan paket silika gel dengan barangan seperti paku, skru, pisau cukur supaya dapat mengelakkannya daripada berkarat.
Anda dapat mengawet bunga menggunakan gel silika. Caranya, ambil bekas dan isi dengan gel silika. Kemudian masukkan bunga ke dalam serta ditutup juga dengan gel silika dan bekas tersebut perlu ditutup rapat. Tunggu selama 2-6 hari untuk melihat hasilnya.
Gel silika dapat membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Contohnya, anda boleh meletakkannya di bahagian bawah sinki yang agak berbau. Anda boleh meletakkan gel silika dalam kuantiti yang banyak dan perlu menggantikannya bila perlu.
Sumber: Brightside.me