
Mungkin ramai yang masih menggunakan seterika yang berwayar kerana sudah terbiasa dan ramai juga tidak tahu seterika berwayar memerlukan beberapa penjagaan penting. Sekiranya tidak menjaganya, hose cord akan bocor dan merekah serta membahayakan keselamatan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan seterika tak berwayar ataupun seterika cordless?
Jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsikan lima jenis seterika cordless terbaik yang mendapat jualan tertinggi di Shopee dengan harga serendah RM60 dan mempunyai pengesahan daripada SIRIM bagi memudahkan anda membuat perbandingan:
Korang baca dulu, nanti kami akan kongsikan tips untuk jimatkan elektrik menggunakan seterika ini.
Jenama Panasonic ini sudah tentu dikenali oleh ramai masyarakat dengan kualiti yang sangat baik. Dengan harga serendah RM53, Panasonic Dry Iron Cordless, sudah terjual sebanyak 2500 unit melalui aplikasi membeli-belah dalam talian, Shopee.
Kelebihan:
Kaedah stim yang menghilangkan kedutan lebih cepat
Tidak merosakkan fabrik
Tapak perak tidak melekat
Pemanasan pantas (10 saat)
Keselamatan terjamin
Spesifikasi model:
Kuasa: 1000W
Berat: 1.4kg
Voltan: 240V
Saiz: 260x19x204mm
Warna: Putih





Seterika berjenama SOKANY ini antara jenama yang ‘viral’ di media sosial dengan jualan mencecah 7700 unit . Ramai juga memberi kata balas yang positif selepas beberapa kali penggunaan.
Kelebihan:
Stim kuat dan berkesan
Tangki yang mudah diisi
Serbaguna dan praktikal (semburan, menegak dan stim)
Pemanasan pantas (20 saat)
Tapak seramik
Spesifikasi model:
Kuasa: 2400W
Berat: 1.2kg
Voltan: 220V
Kapasiti air: 200ml
Saiz: 12x16cm
Warna: Hijau & Unggu





Seterika Swiss Thomas Cordless juga menjadi antara daripada saranan kami, kerana seterika ini didatangkan dengan 3 in 1, dimana ia membolehkan pengguna menggosok secara manual atau menggunakan wap. Ia menarik, kerana selain murah (RM70), pengguna tidak perlu membeli sehingga dua jenis seterika untuk setiap kegunaan.
Kelebihan:
5 kawalan gear (Linen, Silk, Wool, Cotton, Flax)
Fungsi anti-kebocoran
Tapak seramik
Serbaguna dan praktikal (semburan, menegak & stim)
Pemanasan pantas (30 saat)
Spesifikasi model:
Kuasa: 1600W
Berat: 300g
Voltan: 220-240V
Kapasiti air: 200ml
Saiz: 28x14x22cm
Warna: Unggu & Biru





Korang tahu tak? Seterika Riino ini sangat ringan sampai boleh menggosok dengan pegang dua jari je. Dengan berat 300g, seterika ini hanya berharga RM94 sahaja tapi fungsinya melebihi harga yang dijual, siap dapat pula papan seterika secara percuma.
Kelebihan:
Papan seterika percuma
Tapak seramik
Penyembur air
Serbaguna dan praktikal (semburan & manual)
Pemanasan pantas (20 saat)
Spesifikasi model:
Kuasa: 1600W
Berat: 300g
Voltan: 220-240V
Kapasiti air: 200ml
Saiz: 26x12x20cm
Warna: Unggu





Sebagai pengguna, korang mesti tercari-cari seterika yang tahan calar kan? Haier Cordless Steam Iron HA-IC5016 ini adalah solusi terbaik, kerana menggunakan material aloi berasaskan timah dan fluks berfungsi untuk oksida dari permukaan logam. Ia juga sesuai untuk semua jenis material, sehingga mampu mengelakkan daripada pakaian korang rosak.
Kelebihan:
Keselamatan automatik tertutup (cas semula selama 8 minit)
Tapak seramik
Fungsi anti-titisan
Serbaguna dan praktikal (2 in 1)
Pemanasan pantas (selama 30 saat)
Spesifikasi model:
Kuasa: 1300-1600W
Berat: 1.9kg
Voltan: 120V
Kapasiti air: 300ml
Saiz: 30x19x22cm
Warna: Putih biru




Diawal artikel, kami dah bagitau akan berkongsi tips jimat tangga ketika menggunakan seterika kan? Saranan ini kami kongsi terus melalui Facebook page Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Semoga bermanfaat kepada para pembaca. Buatlah pilihan terbaik, agar pembaca tidak lagi mengambil masa yang lama untuk seterika pakaian.
Sumber: Tenaga Nasional Berhad