
Sekurang-kurangnya tujuh orang jemaah terkorban dalam satu serangan bom di sebuah masjid dekat wilayah Timur Baghdad, pada 21 Jun. Serangan itu turut mengakibatkan lebih 20 orang jemaah lain mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, menurut sumber, ia bukanlah serangan bom berani mati. Letupan dikatakan berlaku selepas selesai solat Jumaat ketika para jemaah sedang berpusu-pusu meninggalkan kawasan masjid.
Pada peringkat awal siasatan, letupan disyaki berpunca daripada serangan bom berani mati di mana bahan letupan dipakai oleh seorang jemaah sebelum meledakkannya. Namun, perkara itu dinafikan oleh kementerian terlibat.
Setakat ini tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
Akan tetapi, banyak pihak yang menuduh IS sebagai pihak yang melakukannya berdasarkan rekod kejadian serangan terdahulu.
Keadaan di Iraq telah bertambah baik selepas pihak keselamatan mereka berjaya menumpaskan pihak IS pada tahun 2017 dan serangan sebegini boleh dikatakan sangat jarang berlaku sejak itu.
Jadi, kejadian ini mungkin akan menjadi ‘penggera’ bagi mereka untuk terus mempertingkatkan kawalan keselamatan, terutama di kawasan pedalaman.
Sumber: Global News