Gambar: Daily Star

Seram, Kelibat Putih Misteri Lintasi Balkoni Jam 3 Pagi Sebelum Tiba-Tiba Hilang Bikin Meremang

Aqmal Ezany

Satu rakaman yang menyeramkan berkenaan satu kelibat misteri melintasi balkoni pada sekitar pukul 3 pagi berjaya dirakamkan, lapor Daily Star.

Pada mulanya, semuanya tampak sunyi dan tidak apa-apa yang luar biasa di bangunan tersebut, dua tingkat yang jelas dapat dilihat pada rakaman CCTV.

Kemudian, pada sudut kiri bawah skrin, sosok seperti hantu secara tiba-tiba menarik pandangan mata.

Kelibat, yang tampak berbentuk seakan seorang lelaki, sedang berjalan secara perlahan melintasi balkoni sebelum hilang sepenuhnya di tiang yang terdapat di situ.

Menurut Daily Star, laporan berkenaan seorang lelaki yang maut ditembak di tempat parkir bangunan yang sama sebulan sebelum kejadian aneh ini berlaku turut disebut semula.

Walaupun ramai yang bersifat skeptikal terhadap kejadian paranormal yang dirakam ini, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membuktikan kesahihan kelibat tersebut.

Sumber: Daily Star