Cerita-cerita seram tidak pernah lekang menghiasi media sosial tidak kira di negara ini sendiri mahupun di luar negara dan ia akan sentiasa menjadi perhatian netizen walau terkadang kisah itu belum dipastikan kesahihannya.
Mungkin tidak masuk akal namun kita harus percaya bahawa ada selain daripada manusia, ada makhluk lain yang menghuni dunia ini dengan izin yang maha kuasa.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter dari Indonesia, Jua, memuatnaik satu foto selfie sepupunya di sebuah pusat membeli belah namun ada sesuatu yang menarik perhatian apabila ada satu kaki ‘lain’ yang kelihatan di dalam gambar itu.
Padahal di situ tiada orang sama sekali, jarinya cuma empat sahaja kalau dikira

Perkongsiaan yang mendapat sebanyak 9.8 ribu retweets dan 22.3 ribu likes itu tular bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga.
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi yang mengiyakan bahawa ada ‘benda’ dalam gambar tersebut dan tidak kurang juga ada yang berlawak jenaka.




Sumber: Jua