Satu kemalangan libatkan treler berlaku di kilometer 408.4 arah selatan mengakibatkan seorang individu maut, empat parah dan dua lagi cedera ringan.
Menurut laporan ringkas BERNAMA di Twitter, kejadian itu berlaku pada awal pagi tadi di satu lokasi di Tanjung Malim menghala ke Lembah Beringin.
“Satu maut, empat parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan babitkan dua treler di kilometer 408.4 arah selatan berhampiran Tanjung Malim-Lembah Beringin, awal pagi ini,” lapor BERNAMA.
Merujuk Twitter Bernama, beberapa foto kejadian turut dimuat naik menyaksikan sekumpulan anggota bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa terlibat.
Berita lanjut menyusul.
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMA
Gambar: BERNAMASumber: BERNAMA