Seorang Banduan ‘Ketua Mafia’ Itali Didakwa Gigit Dan Telan Jari Pengawal Penjara

Edayu

Seorang ketua mafia yang sedang menjalani hukuman seumur hidup telah mengasari pegawal penjara dengan mengigit dan menelan jari pengawal tersebut dalam satu pentengkaran semalam.

Memetik daripada laporan The Guardian berkata banduan yang berusia 60 tahun itu ditempatkan di penjara Rebibbia kerana telah menyerang seramai tujuh pengawal pada Jun lalu ketika mereka memeriksa biliknya.

Banduan tersebut merupakan ketua mafia yang sangat terkenal di bandar tersebut yang juga telah menjalani hukuman ketat penjara Itali ’41-bis’. Penjara ini selalunya akan menempatkan anggota mafia yang ditangkap di negara tersebut.

Hal ini demikian kerana, aturan ketat dikenakan di penjara tersebut adalah untuk mengasingkan banduan anggota mafia dengan banduan yang lain supaya tidak berlaku ahli kumpulan yang baru.

Bagaimanapun, enam lagi pengawal penjara turut diserang oleh banduan tersebut yang menggunakan penyapu sebagai senjata sambil memberi ugutan iaitu “saya kelar leher kamu seperti babi”.

Kini, banduan tersebut ditempatkan di penjara sekuriti yang paling ketat di Sardinia dan berdepan dengan tuduhan baharu termasuk menyerang dan menentang penahanannya.

Awal tahun ini, kerajaan Itali telah memutuskan untuk membebaskan sejumlah besar banduan yang berkelakuan baik termasuk bekas anggota mafia Cosa Nostra. Namun, melihat kejadian yang berlaku, keputusan kementerian kehakiman Itali terpaksa menyekat dan mengkaji semula keputusan tersebut.

Sumber: The Guardian