Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri dan wilayah sehingga 7 malam ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4 petang tadi. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-
Perlis: Seluruh negeri
Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang & Sik
Perak: Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta & Kampar
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bera, Pekan & Rompin
Negeri Sembilan: Jempol
Johor: Kluang, Mersing & Kota Tinggi
Sarawak: Limbang
Sabah: Tawau & Lahad Datu
Sumber: METMalaysia