Rasuah: Senarai Kedudukan Negara
Kredit: AFP

Rasuah: Senarai Kedudukan Negara Menurut CPI 2025

Iqbal Yasir

Rasuah: Senarai Kedudukan Negara Menurut CPI 2025

Seperti yang diketahui, rasuah merupakan satu bentuk penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Lazimnya, suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Rasuah bukan sahaja merupakan satu bentuk jenayah yang melanggar undang-undang. Tetapi ia juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran sesebuah negara

Dalam laporan terbaru Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 yang diterbitkan oleh Transparency International, dunia sekali lagi diberi peluang melihat sejauh mana bersih atau kotornya sektor awam di 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Skala penilaian CPI ini bergerak dari 0 hingga 100, di mana 0 menunjukkan tahap rasuah yang sangat parah. Manakala 100 pula melambangkan kebersihan hampir sempurna dari gejala ini.

10 Negara Bersih Rasuah 2025

Singapura tersenarai top 3 negara bebas rasuah 2025

Denmark muncul sebagai negara paling bersih daripada aktiviti suapan dengan skor mengagumkan 89.

Manakala Finland sebagai pesaing rapat dengan skor 88, diikuti Singapura, yang kukuh di tempat ketiga dengan skor 84.

Malaysia Di Mana?

Menurut laporan CPI, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-54 pada tahun 2025 berbanding di kedudukan ke-57 pada tahun sebelumnya.

10 Negara ‘Terpaling’ Rasuah 2025

Sementara itu, di sebalik kisah kejayaan ini, ada negara-negara yang bergelut dengan kancah rasuah yang semakin kronik.

Sudan Selatan muncul sebagai negara paling banyak terlibat kes rasuah dengan skor hanya 9, diikuti Somalia dan Venezuela.

Dalam pada itu, Yaman, Libya, Eritrea, Sudan, Nikaragua, Syria, dan Korea Utara turut tersenarai dalam kelompok 10 negara paling rasuah di dunia tahun ini.

Sebahagian besar negara ini berdepan konflik bersenjata, ketidakstabilan politik, dan pemerintahan autoritarian, sekali gus terdedah dengan barah rasuah.

Untuk senarai penuh kedudukan negara, klik di sini