bazar ramadan rahmah terengganu, pahang
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2026 Di Terengganu, Pahang

Azizah Najib

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2026 Di Terengganu, Pahang

Seperti tahun-tahun terdahulu, kerajaan sekali lagi memperkenalkan inisiatif Bazar Ramadan Rahmah (BRR) bagi membantu orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa pada harga yang lebih terkawal.

Pelaksanaan bazar ini memberi penekanan kepada penjualan makanan pada kadar berpatutan, khususnya bagi meringankan perbelanjaan pengguna sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif BRR turut dilihat sebagai langkah berterusan dalam memastikan aktiviti jual beli di bazar Ramadan kekal munasabah dan tidak membebankan pengunjung.

Dengan garis panduan harga yang ditetapkan, pengunjung dapat membuat pilihan dengan lebih yakin tanpa perlu risau mengenai kenaikan harga.

Pada masa sama, peniaga juga diberikan peluang untuk menjalankan perniagaan dalam persekitaran yang lebih teratur, sekali gus membantu kelangsungan pendapatan mereka sepanjang Ramadan.

Sehubungan itu, berikut SK kongsikan senarai lapan lokasi BRR di Terengganu dan Pahang.

Bazar Ramadan Rahmah Terengganu

  1. Bazar Ramadan Kerteh, Kemaman

  2. Bazar Ramadan Kampung Raja, Besut

  3. Bazar Ramadan Gong Badak, Kuala Nerus

  4. Bazar Ramadan Binjai Rendah, Marang

  5. Bazar Ramadan Paka, Dungun

  6. Bazar Ramadan Sungai Tarom, Setiu

  7. Bazar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

  8. Bazar Ramadan Kuala Berang, Hulu Terengganu

Bazar Ramadan Rahmah Pahang

  1. Bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan

  2. Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh