Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2024: Mohon Sekarang
Setiap pelajar pastinya mengimpikan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini merupakan satu detik penting yang menentukan hala tuju masa depan mereka.
Dengan keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini, ribuan pelajar kini berada dalam fasa kritikal untuk membuat pilihan bijak mengenai laluan pengajian seterusnya.
Sama ada ke peringkat pra-universiti, diploma atau ijazah sarjana muda di institusi dalam negara mahupun luar negara yang berprestij.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran kewangan sering menjadi penghalang utama bagi sesetengah pelajar dan keluarga.
Kos pengajian yang semakin tinggi, khususnya di institusi swasta atau luar negara, menuntut perbelanjaan yang besar.
Berita baiknya, terdapat pelbagai bantuan kewangan dan biasiswa yang ditawarkan setiap tahun oleh kerajaan, GLC, yayasan korporat dan organisasi swasta.
Ia bagi memastikan pelajar berpotensi tinggi tidak terlepas peluang melanjutkan pelajaran hanya kerana kekangan kewangan.
Artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa senarai bantuan serta biasiswa yang tersedia khusus untuk lepasan SPM 2024.
Ada biasiswa-biasiswa ini telah pun dibuka dan boleh dimohon mulai sekarang.
1. Senarai bantuan biasiswa untuk lepasan SPM:
Untuk memudahkan pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, berikut adalah senarai biasiswa menarik lengkap dengan pautan untuk permohonan di laman web rasmi:
2. Senarai bantuan biasiswa untuk lepasan SPM mengikut negeri:
Selain itu, setiap negeri di Malaysia juga turut menyediakan peluang biasiswa bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
Berikut adalah beberapa contoh biasiswa menarik berserta pautan yang boleh dimohon mengikut negeri:
3. Senarai bantuan zakat untuk lepasan SPM mengikut negeri:
Di samping itu juga, setiap negeri ada menawarkan bantuan zakat untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.
Senarai bantuan zakat yang diberikan mengikut negeri dan lengkap dengan pautan untuk permohonan adalah seperti di bawah:
4. Senarai program pinjaman untuk lepasan SPM 2024 menyambung pengajian:
Antara lain, terdapat juga beberapa program pinjaman yang disediakan unuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian. Senarai program pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Bagi pelajar lepasan SPM 2024 yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran, rebutlah peluang tajaan yang tersedia ini.
Biasiswa merupakan peluang keemasan untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian tanpa tekanan kewangan dan terdapat pelbagai pilihan biasiswa dan pinjaman pendidikan yang tersedia.
Sama ada melalui pihak kerajaan, syarikat swasta, atau yayasan negeri. Pastikan anda menyemak dengan teliti syarat-syarat permohonan dan melengkapkan dokumen yang diperlukan. Ini bertujuan agar peluang untuk berjaya mendapat biasiswa atau pinjaman lebih mudah.
Semoga senarai ini menjadi panduan bermanfaat untuk anda dan keluarga dalam merancang masa depan pendidikan yang cemerlang dan bebas beban kewangan.
BACA :
Kereta Baru? Ini 10 Aksesori Penting Anda Mesti Miliki
BACA :
Set Semua Fikiran: 7 Kaedah Kawal Anxiety Yang Berkesan