PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020.
Terdapat enam perintah yang dikeluarkan sebagai satu usaha dalam membendung penularan wabak COVID-19 iaitu larangan perhimpunan ramai, sekatan ke luar negara, sekatan kemasukan pelancong, penutupan institusi sekolah, penutupan institusi pengajian tinggi dan penutupan premis kerajaan & swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Bagi perkara keenam, essential services melibatkan sebanyak 25 jenis sektor di seluruh negara dan dikecualikan daripada Perintah Larangan Pergerakkan.
Berikut adalah senarai sektor-sektor tersebut;
Air
Elektrik
Tenaga
Telekomunikasi
Pos
Pengangkutan
Pengairan
Minyak
Gas
Bahan api
Pelincir
Penyiaran
Kewangan
Perbankan
Kesihatan
Farmasi
Bomba
Penjara
Pelabuhan
Lapangan terbang
Keselamatan
Pertahanan
Pembersihan
Peruncitan
Bekalan makanan
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10216120192067463&set=a.4056783467860&type=3&theater
Sumber: BERNAMA, Facebook