Putrajaya, 20 Ogos – Sebanyak 17 kluster COVID-19 dilaporkan masih aktif di Malaysia setakat 20 Ogos 2020.
Dalam kemaskini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, antara kluster tersebut ialah Kluster Alam, Kluster DTI Bukit Jalil, Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar.
Dari kesemua kluster berkenaan, Kluster Tawar dilapor mempunyai kes aktif tertinggi setakat ini dengan 55 kes masih menerima rawatan.
Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Sala masing-masing mempunyai 15 dan 11 kes aktif.
Setakat 12 tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif 9,240 kes COVID-19 dengan 183 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Dari jumlah tersebut, sebanyak tujuh kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.





Sumber: KKM