Semua sektor ekonomi dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 12 Mei ini hingga 7 Jun depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sedemikian dalam satu kenyataan media berkenaan prosedur operasi standard (SOP) baharu berkenaan PKP pada fasa ketiga ini.
Selain itu, majikan pula diwajibkan untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) dengan kehadiran tidak melebihi 30 peratus bagi kakitangan pengurusan pada setiap masa.
Manakala BDR bagi sektor awam pula ditentukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketus Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.
Sumber: MKN