Kerajaan dalam satu kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa semua sekolah yang berada di kawasan yang telah disahkan sebagai zon merah Covid-19 akan ditutup.
Sehubungan dengan itu semua sekolah di Klang Selangor, Sandakan, Tuaran, Papar di Sabah akan ditutup mulai 8 Oktober 2020. Ini akan melibatkan 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah di tiga daerah di Sabah.
Bagi sekolah yang mempunyai asrama dan menunggu ibu bapa untuk menjemput mereka boleh kekal berada di dalam asrama dengan pengawasan warden yang bertugas.


Sumber: KPM