Gambar: Bernama

Semua Populasi Dewasa Di Selangor Dan KL Akan Dapat Dos Pertama Vaksin Menjelang 1 Ogos – KJ

Aqmal Ezany

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya semua populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima dos pertama vaksin menjelang 1 Ogos 2021 ini.

“Untuk makluman jumlah populasi dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor adalah 6.1 juta dimana sehingga 15 Julai, seramai 3.5 juta telah selesai dos pertama.

“Kami menjangkakan seramai 1.3 juta orang akan menerima dos pertama daripada sekarang hingga 25 Julai.

Manakala baki populasi dewasa yang akan menerima dos pertama adalah antara 26 Julai sehingga 1 Ogos adalah seramai 1.3 juta.” Ujarnya.

Sumber: MOSTI