Semua daerah di Selangor kini berada di zon kuning dan merah, berdasarkan laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut KKM, ianya susulan pertambahan satu daerah daerah yang mencatatkan satu (1) kes baharu semalam iaitu di Sabak Bernam, sekaligus menjadikan semua daerah di Selangor kini dijangkiti wabak Covid-19.
Setakat hari ini, Selangor telah mencatatkan pertambahan 177 kes baharu di mana menjadi negeri kedua merekodkan kes tertinggi selepas Sabah.
Daripada kesemua jumlah tersebut, 109 kes adalah berpunca daripada kluster-kluster sedia ada, 34 kes saringan kontak rapat, 33 kes lain-lain saringan Covid-19 dan satu (1) kes import dari Rusia.
Sumber: KKM Malaysia