Terkenal dengan sifat pemurahnya, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng hari ini membuka pasar 10 sen khas untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Menurut Uncle Kentang, jualan yang berlangsung di sebuah kafe di Puchong Utama itu dijangka tamat pada 12 tengah hari ini. Orang ramai yang berminat untuk menyumbang barangan mereka boleh ke kafe Alie P Coffee di Puchong untuk bertemu sendiri dengan beliau.
Antara barangan yang dijual ialah pakaian, patung dan permainan kanak-kanak serta kelengkapan rumah seperti tilam dan peti sejuk.
“Selamat Hari Bapa. Pasar 10 sen masih berlangsung. Bagi mereka berdekatan jom datang sini. Semua barang harga 10 sen. Gembira dapat lihat mereka yang susah dapat beli barang murah,” tulis Uncle Kentang.
Gambar: Uncle Kentang
Gambar: Uncle Kentang
Gambar: Uncle Kentang
Gambar: Uncle KentangSumber: Uncle Kentang