
Sempat Lompat Keluar, Dua Wanita Terselamat Kereta Dinaiki Terbakar Tiba-tiba
Dua wanita dilapor terselamat selepas berjaya melompat keluar dari sebuah kereta dinaiki yang terbakar secara tiba-tiba.
Memetik Sinar Harian, kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Lubuk Tualang, Sik, Kedah pada petang semalam.
Dalam pada itu, kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanji.
Menurut Zulkhairi, kejadian berlaku berlaku kira-kira jam 6.45 petang dan kereta dipandu oleh wanita berusia 40-an bersama seorang lagi rakannya.
Kejadian dipercayai berlaku selepas mereka dikatakan telah terhidu bau hangit daripada bahagian enjin.
“Mereka nekad melompat keluar untuk menyelamatkan diri sebelum kereta itu mengeluarkan api dan tiba-tiba terbakar.
“Api marak dengan cepat namun kedua-duanya selamat,” katanya.
Susulan kejadian itu, sepasukan anggota dari BBP Sik diketuai Syahril Salleh bersama lapan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api tersebut.
Tambah Zulkhairi lagi, sehingga kini, punca dan kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.
Kes itu kemudiannya telah diserahkan kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Terdahulu, dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7 pagi berhubung kejadian, dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.
Dalam kenyataan di sini beliau berkata salah sebuah kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga.
BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum
Sumber: Sinar Harian