Gambar: SAINS

“Semoga Sedikit Bantuan Ini Dapat Ringankan Kesulitan…” Negeri Sembilan Hantar Bantuan Air Ke Selangor

Nur Adnin

SEREMBAN, 4 Sept – Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menghantar 2,000 gelen air bersama sebuah lori tangki dan pemandu ke Selangor.

Menurut satu kenyataan, ‘misi bantuan’ tersebut dijalankan bertujuan membantu Air Selangor yang menghenti tugas empat loji rawatan airnya akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor hingga menngakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan terlibat.

Dalam masa sama, SAINS turut menyeru kepada pihak pengurusan air negeri-negeri lain untuk turut serta dalam usaha tersebut.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memohon bantuan lori tangki daripada rakan-rakan operator di Malaysia bagi membantu pengguna di Selangor yang terkesan akibat gangguan bekalan air ini.

“Semoga sedikit bantuan SAINS dalam membantu Air Selangor ini mampu meringkankan kesulitan yang sedang dihadapi mereka,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Gambar: SAINS

Sumber: SAINS