Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat sebentar tadi telah memuat naik satu perkongsian mengenai situasi semasa politik tanah air.
”Apa yang berlaku kelmarin dan beberapa hari mendatang akan mendatangkan dampak besar kepada Malaysia.
”Dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, semoga pemenangnya adalah rakyat, tanah air kita Malaysia dan demokrasi.
”Kepada rakan-rakan di persada politik, cita-cita dan aspirasi politik sesungguhnya adalah wajar, selama pandai menginsafi batasan etika dan nilai,” katanya.
Beliau turut mendoakan semoga Allah S.W.T memelihara dan memberi kesejukan kepada bangsa dan negara ini.
Katanya lagi, kekuasaan penuh sebenarnya berada dalam ketentuan Allah S.W.T, kerana Diala yang memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik balik kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakiNya.
https://www.facebook.com/TokMatHasanN9/photos/a.119733254704420/3056164604394589/?type=3&theater
Sumber: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan