Pemergian seorang pengarah Filem, Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt yang juga anak kepada seniwati tanah air iaitu Fauziah Nawi kerana lemas semasa memancing pastinya lebih dirasai oleh ahli keluarga serta sahabat handainya.
Allahyarham yang dilaporkan hilang sebelum itu keluar memancing bersama dengan seorang jurukameranya di Sungai Mela.

Difahamkan bot gentian kaca yang dinaiki Allahyarham telah melanggar tiang besi sebelum kedua-dua mereka terhumban lalu jatuh ke dalam sungai. Teman Allahyarham berjaya menyelamatkan diri manakala Pitt pula didapati hilang.

Mayat Pitt walau bagaimanapun berjaya ditemui kira-kira 500 meter daripada tempat dia dilaporkan terjatuh. Mayat Allahyarham telah ditemui terapung selepas dua hari Allahyarham dilaporkan hilang.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Farah Ahmad serta tiga orang anak perempuan.

Jenazah Pitt telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Kuala Lumpur sekitar pukul 2 pagi tadi.

Pelbagai ucapan takziah serta reaksi sedih dapat dilihat berlegar di sosial media ketika ini mengenai dengan pemergian Allahyarham Pitt khususnya dari rakan artis serta kenalan rapat Allahyarham antaranya ialah:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219916933451887&set=p.10219916933451887&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2495721580465702&set=a.416784408359440&type=3&theater

Semoga roh Allahyarham Mohd Firdaus Hanif dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Sumber: Fauziah Nawi/Farah Ahmad