
“Semoga Kutukan, Cercaan, Hinaan Bertukar Jadi Pahala”, Hantaran FB Ustaz Kazim Jadi Tumpuan netizen
Hari ini, nama berkenaan terus menjadi tumpuan selepas beliau memuat naik satu hantaran di facebook sebentar tadi. Penceramah tersebut memuat naik hantaran berkenaan kira-kira tiga jam yang lalu.
“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda,” kata beliau dalam hantaran tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menyertakan keterangan lanjut berkenaan hantaran yang dimuat naik itu. Namun begitu, hantaran berkenaan pantas menjadi tular di media sosial dan menerima respon yang pelbagai daripada pengikutnya.
Setakat 2.15 tadi, hantaran berkenaan sudahpun mendapat lebih 33,000 tanda suka, 3,900 komen dan dikongsi lebih 368 kali.
Dalam pada itu, BERNAMA sebentar tadi turut berkongsi perkembangan semasa berkenaan status pencalonan penceramah popular tersebut.
DUKE difahamkan telah menarik diri daripada menjadi calon BN bagi Parlimen Larut dan Ketua Koordinator Komunikasi BN, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud dinamakan sebagai penggantinya.
BACA: Perbicaraan Kes Rasuah Ahmad Zahid Ditangguh Tahun Depan
BACA: Ibu Hamil 28 Minggu Cipta Kejutan, Tawan Acara Sukan Lasak “Spartan Race” Dalam Masa Sejam 10 Minit
Sumber: Facebook DUKE & Bernama