“Semoga Kita Dapat Bersua,” Tomok Sahkan New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan
Kumpulan ‘Boy Band’ New Boyz yang popular sekitar tahun 90-an bakal mengadakan konsert mereka selepas 20 tahun berada dalam industri muzik tempatan.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan itu melalui akaun Twitter miliknya.
Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup
Menurutnya, konsert ‘New Boyz Sejarah Mungkin Berulang’ itu bakal diadakan pada 10 dan 11 Februari 2023.
“Besar harapan saya untuk konsert ini. Semoga kita dapat bersua nanti. Khabarkan pada kawan kawan ya,” tulis Tomok dalam ciapannya hari ini.
Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je
Konsert itu dilaporkan bakal diadakan di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Art Centre.
Bagi mereka yang berminat, tiket akan mula dijual pada hari Isnin ini bersamaan 7 November bermula pada jam 10 pagi.
Sumber: Tomok/Twitter