Tanya saja sesiapa pun pasti mereka tidak menolak jika diperlawa makan buah strawberi. Siapa yang tidak suka, warnanya yang merah dan rasa masam dan manis menjadi kegemaran kepada semua orang.
Dalam satu perkongsian menarik daripada laman Twitter menunjukkan seorang wanita berumur masih lagi kuat menjual buah strawberi di Gaza, Palestin.


Gambar ini menunjukkan bahawa walaupun usia sudah lanjut, tetapi wanita ini masih teguh menjual buah ini untuk kelangsungan hidupnya demi menyara keluarga.
Semoga Allah meletakkan barakah dalam rezekinya dan memberkatinya hingga ke Syurga.
Sumber: Twitter