
Beberapa Kawasan Di Semenyih, Kajang Dilanda Banjir Kilat
Banjir kilat dilapor melanda beberapa kawasan di sekitar Semenyih dan Kajang berikutan hujan lebat yang berterusan pada petang ini hingga beberapa jalan raya ditenggalami air.
Menerusi perkongsian Astro Radio Traffic di Facebook, banjir kilat berhampiran Eco Majestic menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Setia Ecohill Park.

Selain itu, ia turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Serene Heights ke pekan Semenyih yang berhampiran susur keluar cawangan PROTON Puncak Merak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, banjir kilat turut berlaku di hadapan Shell Jalan Reko dan Stesen Kereta Api Kajang 2.
Beberapa video yang dirakam oleh orang awam memperlihatkan keadaan banjir yang agak serius, di mana air bertakung dengan banyak hingga ke paras lutut orang dewasa.

Orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan membawa kenderaan secara perlahan serta berhemah ketika melalui kawasan yang dilanda banjir kilat.
https://www.facebook.com/share/p/1BJt7nN2GC/
https://www.facebook.com/share/p/19L26qBTha/
https://www.facebook.com/share/p/16aFPCYojJ/
https://www.facebook.com/share/p/168dhBEXjM/