Penyakit kegelisahan atau anxiety merupakan sekumpulan penyakit mental yang melibatkan reaksi kegelisahan dan juga keresahan yang melampau. Penyakit ini boleh menjadi terlalu teruk sehingga menyebabkan gangguan kepada fungsi harian pengidap.
Kadangkala, ia juga boleh menyebabkan gejala fizikal seperti sembelit, berdebar, nafas yang laju dan banyak lagi. Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia menerusi laman Twitter, berikut beberapa lagi gejala fizikal yang disebabkan oleh penyakit ini.
Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa mereka mempunyai masalah anxiety ini sehinggalah mereka berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap bahawa gejala ini hanyalah disebabkan oleh masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus dan lain-lain.
Sumber: Public Health Malaysia