Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengesahkan bahawa seluruh Perlis kini telah diklasifikasikan sebagai zon hijau selepas tiada kes aktif yang dilaporkan di negeri tersebut.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri dan yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 30 daerah zon merah mengikut kumulatif kes sehingga jam 12pm, 21 April.
Mengikut kes aktif pula, terdapat 14 daerah masih kekal sebagai zon merah.
Pihak KKM juga turut menasihatkan kepada orang ramai untuk terus mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus Covid-19.
Sumber: KKM