Seluar Jeans Tertua Berusia 165 Tahun Terjual Dengan Harga RM505,000
Sepasang seluar jeans era California God Rush dipercayai berusia 165 tahun yang diperbuat daripada Levi Strauss pada tahun 1850-an berjaya terjual dengan harga RM 505,000 dalam satu lelongan di Amerika Syarikat (US), lapor Daily Mail.
Difahamkan, seluar jeans itu merupakan salah satu daripada 270 harta karun yang ditemui daripada kapal karam legenda di Amerika Tengah, dikenali Ship Of Gold yang terletak di Lautan Atlantik.
Seluar kerja pelombong itu mempamerkan lima butang dan diselaputi kesan kotor bintik hitam serta coklat akibat daripada keadaan kapal yang kotor pada ketika itu.
Kredit: Holabird Western Americana CollectionsLebih 7,500 pembida dari seluruh dunia berpusu-pusu ke rumah lelong Nevada US untuk ‘bertarung’ merebutkan barang kemas, baju Brooks Brothers dan penutup kotak harta karun tertua Wells Fargo serta barangan lain.
Imbas kembali, kira-kira 425 nyawa terkorban dan 153 orang dapat diselamatkan dalam tragedi kapal karam yang berlaku semasa kejadian ribut taufan pada September 1857 dahulu.
Selama lebih satu abad, banyak harta benda yang masih didapati dalam kapal itu kerana kebanyakan penumpang menyimpannya dalam peti besi dan bagasi.
Malah harta benda tersebut turut disimpan di dalam kubur yang ‘sejuk’ dan ditanam kira-kira 7,200 kaki di bawah permukaan.
Ketua saintis Bob Evans berkata barang-barang itu mungkin kelihatan biasa, tetapi ia menawarkan nilai yang luar biasa dalam kehidupan harian penumpang dan anak kapal, daripada pekerja lapangan emas kepada masyarakat tinggi San Franciscans.
Difahamkan seluar jeans Levi Strauss merupakan penemuan tertua bagi seluar kerja yang dipakai untuk melakukan tugas berat serta seluar yang paling mahal harganya.
“Seluar jeans itu diumpamakan seperti bendera pertama dikibarkan di Bulan, detik bersejarah dalam sejarah,” ujar rakan kongsi pengurusan California Gold Marketing Group Dwight Manley.
Ujarnya lagi, tiada seluar yang mempunyai lima butang wujud lebih awal berbanding seluar itu.
Sumber: Daily Mail