Tujuh orang di sebuah kawasan penternakan unggas di selatan Rusia telah dijangkiti selesema burung H5N8, sekaligus menjadikan virus itu pertama kali dijumpai pada manusia.
“Hari ini, saya ingin memberitahu anda mengenai penemuan saintifik penting yang dibuat oleh para saintis di pusat saintifik Vector.
“Kes pertama jangkitan manusia dengan telah disahkan oleh makmal,” kata Anna Popova, Ketua Pengawas Kesihatan Pengguna Rusia pada Sabtu.
Virus itu dijumpai pada tujuh pekerja di sebuah peternakan unggas di selatan Rusia, di mana wabak H5N8 telah dilaporkan ditemui pada populasi burung pada bulan Disember 2020.
Namun, Popova menggambarkan kes-kes manusia sebagai ”ringan” menurut agensi berita Interfax. Setakat ini, tidak ada bukti penularan dari manusia ke manusia.
“Virus ini dapat menular dari burung ke manusia, ia telah mengatasi penghalang kepada interspesies.
”Setakat hari ini, varian virus influenza ini tidak ditularkan dari manusia ke manusia. Hanya masa yang akan menunjukkan seberapa cepat mutasi pada masa depan akan memungkinkan untuk virus mengatasi halangan ini,” kata Popova.
Popova mengatakan penemuan itu akan membantu penyelidik mempersiapkan kemungkinan penularan virus H5N8 dari manusia ke manusia. Maklumat terperinci mengenai kes-kes tersebut telah diserahkan kepada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).
H5N8 telah dijumpai pada burung sejak sekurang-kurangnya tahun 1983 dan wabak itu sering terjadi sejak tahun 2014, ketika dijumpai pada pembiakan itik di Korea Selatan.
Wabak itu juga telah dilaporkan selama 6 bulan terakhir, termasuk di Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, UK, China, Jepun, dan Korea Selatan.
Sumber: BNO News