Susulan daripada serangan peluru berpandu yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) menyatakan bahawa kira-kira 80 warga Amerika Syarikat telah berjaya dibunuh dan hampir 200 lagi tercedera dalam serangan tersebut.
Peluru berpandu Iran yang mensasarkan pangkalan tentera Amerika Ain al-Asad di Iraq itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan ke atas Mejar Jeneral Qasem Soleimani, nyata IRGC.
Menurut Agensi berita Iran iaitu Tasnim News, sumber menyatakan bahawa serangan peluru berpandu itu telah dilancarkan oleh IRGC dan telah berjaya membunuh kira-kira 80 orang warga Amerika di pangkalan tentera tersebut.
“Sekurang-kurangnya 104 sasaran daripada kedudukan Amerika dan sekutunya di negara berkenaan telah dikenal pasti, dan jika pihak Amerika buat kesilapan lagi, kedudukan mereka ini akan dijadikan sasaran seterusnya,” lapor sumber tersebut.
Dia turut menambah bahawa dron, helikopter dan peralatan ketenteraan milik Amerika turut terjejas susulan daripada serangan itu.
Sebanyak 15 peluru berpandu dilaporkan telah membedil pangkalan udara Ain al-Asad, tidak ada satu pun yang berjaya dikesan oleh sistem radar tentera AS, lapor sumber itu.
Walau bagaimanapun, AS tidak menyatakan jumlah kerosakan susulan serangan itu.
Sumber: Outlook India , Dailymail UK