Gambar Via Daily Mail

Selepas Rampas Kuasa, Tentera Myanmar Pecat 24 Menteri & Timbalan Menteri Kerajaan

Sofea

Setelah menahan Aung San Suu Kyi, Tentera Myanmar dilaporkan telah memecat 24 menteri dan timbalan menteri serta telah menamakan 11 pengganti dalam pentadbiran baharunya setelah mengambil alih kuasa kerajaan, lapor Channel News Asia.

Semalam, Junta Tentera Myanmar telah melakukan rampasan kuasa dengan menahan Aung San Suu Kyi bersama dengan pemimpin lain dari parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD).

Merumuskan mesyuarat pentadbiran baharu, tentera mengatakan bahawa Min Aung Hlaing telah berjanji untuk mempraktikkan ‘sistem demokratik pelbagai parti yang mempunyai disiplin yang tulen’.

Parti Aung San Suu Kyi mengatakan dia telah meminta rakyat untuk melakukan protes terhadap pengambilalihan kuasa itu.

Sementara itu, penduduk juga bergegas ke pasar untuk membeli bekalan makanan dan berbaris di ATM untuk mengeluarkan wang selepas tentera mengumumkan penguatkuasaan darurat semalam.

Sumber: Channel News Asia