Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah dilaporkan negatif daripada jangkitan sleepas pulang dari Sabah. Sehubungan dengan itu, beliau telah menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan dirinya bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.
Bagi mengelak daripada salah faham kepada orang ramai, beliau memuatnaik satu kenyataan dan beberapa keping gambar bukti bahawa dirinya disahkan negatif.
Dalam kenyataan tersebut memaklumkan bahawa beliau telah menjalani ‘swab test’ sebanyak tiga kali bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19 terhadap dirinya.




Susulan daripada tiga ujian saringan yang menunjukkan keputusan negatif ini, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengeluarkan surat yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak mereka, mendapati status kesihatan saya memuaskan sekaligus memberikan “Pelepasan Dari Menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman Bagi Kontak Terdekat Jangkitan (COVID-19) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)” kepada saya bermula dari tarikh hari ini, Isnin, 5 Oktober 2020.
Dengan pengesahan ini, saya akan kembali menjalankan tugas-tugas di pejabat saya di Wisma Putra, Putrajaya seperti sedia kala bermula esok, Selasa 6 Oktober 2020.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KKM dan semua petugas yang telah membantu saya dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh saya menjalani kuarantin. Marilah kita sama-sama doakan, semoga urusan mereka dipermudahkan dan negara kita segera bebas daripada wabak ini. InsyaAllah.
Sumber: Hishamuddin Hussein