Pihak berkuasa di wilayah selatan Filipina, Mindanao pada Ahad mengesahkan bahawa kira-kira 1000 ekor babi tempatan telah mati akibat jangkitan demam babi Afrika.
Majlis perbandaran Don Marcelino telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan sementara jualan, penghantaran babi, daging babi serta penjualan kesemua produk yang berasaskan daging babi di pasaran.
“Kebanyakan penternak babi tempatan di kawasan yang dikhususkan tidak mempunyai kawasan ternakan yang sesuai serta pengawasan kesihatan yang agak lemah,” kata Menteri Pertanian Filipina.

Setiausaha Pertanian, William Dar menyatakan bahawa daging babi yang diseludup dari China mungkin menjadi punca wabak itu muncul di Filipina.
Filipina yang juga pengeluar daging babi kelapan terbesar dunia, pernah merekodkan kes pertama demam babi Afrika itu pada September tahun lalu. Susulan daripada itu, sekurang-kurangnya 20,000 ekor babi terpaksa dibunuh.
Kes demam babi Afrika juga turut dilaporkan berlaku di seluruh negara itu termasuk ibu negaranya iaitu Manila dan sekitarnya.
Sumber: ABC