Gambar Via The Sun

Selepas Di Haiti, Gempa Bumi Kuat 7.0 Dilapor Turut Melanda Alaska

Sofea

Semenanjung Alaska dilaporkan telah dilanda gempa bumi dengan kekuatan 7.0 skala Richter sebentar tadi.

Menurut Independent, gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10km dan setakat ini tiada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Pun begitu, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan bangunan yang dilaporkan.

Gempa bumi ini juga dilaporkan berlaku pada waktu yang hampir sama di Haiti.

Sumber: The Independent