Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan rancangan penjualan jet pejuang F-15 ke Indonesia, lapor Detik News.
Sebanyak 36 jet pejuang Boeing buatan AS dan peralatan ketenteraan lain yang bernilai $ 14 bilion (RM58.6 bilion) telah diluluskan pada Khamis lalu.
Cadangan penjualan itu dikatakan mampu meningkatkan keselamatan serantau untuk meningkatkan kekuatan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di rantau Asia Pasifik tanpa mengubah keseimbangan asas ketenteraan.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto mendedahkan perkembangan rancangan pembelian beberapa peralatan pertahanan.
Kata beliau, perolehan jet pejuang Dassault Rafale buatan Perancis mula menampakkan tanda-tanda positif dan ketika ini sedang menunggu kontrak diaktifkan.
Berdasarkan laporan, Prabowo berkata rancangan untuk membeli pesawat F-15 EX buatan Amerika Syarikat masih dalam perundingan.
Ketua Badan Pertahanan Negara FKPPI merangkap Ketua Badan Penguatkuasaan Undang-undang, Pertahanan dan Keamanan Kamar Dagang dan Industri Indonesia, Bambang Soesatyo menjelaskan bahawa khusus bagi pemilikan pesawat pejuang, kedudukan Indonesia berada di tangga ke-48.
Kedudukan yang dinyatakan ini berada di bawah pelbagai negara ASEAN, seperti Singapura yang berada di kedudukan ke-22, Vietnam ke-48, Thailand di kedudukan ke-30 dan Myanmar di kedudukan ke-36.
Tambah Bamsoet, antara lain dengan membeli pesawat jenis pengangkutan ringan serbaguna, Cassa NC-212i-400 buatan PT Dirgantara Indonesia.
Sumber : Detik News