Qatar Penganjur Sukan Olimpik
Kredit: Gabriel Bouys/AFP

Selepas Anjur Piala Dunia Terbaik, Qatar Kini Mahu Jadi Penganjur Sukan Olimpik 2036 Pula

Shafikah

Selepas Anjur Piala Dunia Terbaik, Qatar Kini Mahu Jadi Penganjur Sukan Olimpik 2036 Pula

Selepas kejayaan menganjurkan Piala Dunia 2022 yang banyak menerima pujian dari seluruh dunia, Qatar kini berazam untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik Musim Panas 2036 pula.

Menurut laporan The Guardian, negara berkenaan kini sedang bersiap sedia untuk mebida hak penganjuran kepada temasya sukan terbesar dunia itu. Qatar sebelum ini pernah membida hak penganjuran sukan tersebut sebanyak tiga kali sebelum ini, namun gagal dalam semua percubaan.

Antara faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah kerana Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak yakin dengan kemampuan negara sekecil Qatar untuk menjadi penganjur dan menyediakan kemudahan serta fasiliti sukan yang secukupnya bagi menerima atlet dan peminat sukan daripada seluruh dunia.

Namun begitu, dengan kejayaan penganjuran baru-baru ini dan fasiliti berkelas dunia yang disediakan, Qatar mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik pada 2036 nanti. Setakat ini, Qatar dilaporkan mahu membida secara sendirian dan ingin menjadi penganjur tunggal sekiranya terpilih kelak. Walaubagaimanapun, Qatar mungkin berdepan tekanan serantau yang mahukan temasya sukan itu dianjurkan secara bersama.

Ini kerana, selain Qatar, Arab Saudi dan Turki adalah antara negara yang menunjukkan minat untuk menjadi penganjur pada edisi tersebut.

Selain Piala Dunia dan sasaran menjadi penganjur Sukan Olimpik, banyak acara-acara sukan global bakal berlangsung di Qatar tidak lama lagi. Tahun hadapan, Qatar akan menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia.

Pada 2024 pula, Qatar akan menjadi destinasi pembukaan kalendar perlumbaan World Endurance Championship serta penganjur Kejohanan Renang Dunia. Seterusnya 2025, Qatar bakal menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Ping Pong Dunia.

BACA: Bukan Berempat, Rupanya Ini Ahli Kelima Blackpink Yang Ramai Tak Tahu & Punca Terlepas Peluang Kemunculan

Sumber: Japan Times, Startup Pakistan via Facebook