
Selangor Red Giants Berjaya Pertahan Gelaran Juara Sekali Lagi
Selangor Red Giants (SRG) berjaya merangkul kejuaraan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 buat kali kedua selepas menewaskan Team Vamos 4-2 dalam perlawanan akhir dengan konsep ‘Best of Seven’ di Iskandar Puteri, semalam.
SRG memulakan langkah kanan dalam Perlawanan 1 apabila mengalahkan Team Vamos dengan 13-4 ‘kills’, di mana Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Sekys beraksi hebat dalam kemenangan pertama itu.
Perlawanan 2 menyaksikan Team Vamos tampil lebih agresif, menyukarkan SRG untuk mengekalkan momentum dan sekali gus berjaya mengikat kedudukan 1-1.
Bagaimanapun, skuad bimbingan Michael Angelo Bocado hanya mengambil masa 10 minit 3 saat dalam Perlawanan 3 untuk kembali mendahului 2-1.
Sekys, yang merangkul gelaran Pemain Jungler Terbaik MPLMY S14 dengan menggunakan Hero Moskov, sekali lagi menjadi watak penting dalam kemenangan pasukannya itu.
Selaku juara dunia MLBB Mid Season Cup (MSC) 2024, SRG mengekalkan rentak kemenangan dalam Perlawanan 4, dengan kemenangan 22-7 ‘kills’.
Kemengan kali ini dipacu oleh Muhammad Qayyum Ariffin Bin Mohd Suhairi, atau lebih dikenali sebagai Yums.
Dalam Perlawanan 5, Pemain Roamer Terbaik MPLMY S14, Mohammad Noor yang dikenali sebagai Xorn, mengawal perlawanan dengan bijak untuk mencapai kemenangan 11-2 ‘kills’.
Kemenangan ini berjaya menafikan mata terakhir yang diperlukan oleh SRG serta merapatkan jurang kedudukan kepada 2-3.
Walau bagaimanapun, skuad yang dikendalikan oleh jurulatih Khairul Sharif atau Pabz, gagal mengekalkan rentak apabila tewas dalam Perlawanan 6.
Dengan kemenangan ini, SRG mengekalkan gelaran juara MPL Malaysia dua musim berturut-turut, menjadi pasukan pertama yang mencapai rekod tersebut.
Hazziq Rizwan atau lebih dikenali sebagai Stormie dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai selepas cemerlang mengemudi pasukannya ke takhta juara sekali lagi.
Untuk info, SRG dan Team Vamos kini bersiap sedia mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia M6 pada akhir tahun ini.
BACA: Menang RM4.7 Juta, Sekyss Mahu Simpan Dalam ASB, Rancang Nak Beli Rumah
BACA: Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Memberi Kuasa Kepada Belia Malaysia Melebihi Dunia Permainan
BACA: MPL Malaysia Menjadi MPL M6laysia Bagi Musim Ke-14
Sumber: Stadium Astro