Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Johor mencatatkan kes positif virus Covid-19 paling tinggi di Malaysia.
Menerusi satu senarai kes-kes positif Covid-19 yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, Selangor mencatatkan 354 kes, Kuala lumpur mencatatkan 242 kes, Sabah pula 169 kes, manakala Johor pula sebanyak 158 kes.
Dalam pada itu, jumlah kes positif keseluruhan yang terdapat di Malaysia sehingga ke jam 12.00 tengah hari 23 Mac 2020 pula adalah sebanyak 1,518 kes.
Sumber: KKM