KEMENTERIAN Kesihatan Putrajaya (KKM) mengeluarkan satu statistik terkini taburan jangkitan COVID-19 di seluruh negara.
Menurut KKM, setakat hari ini, Selangor kekal negeri paling tinggi mempunyai jangkitan wabak tersebut dengan jumlah 1,078 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 685 kes, Johor 496 kes dan Sarawak 306 kes.
Manakala bagi Kelantan, Perlis dan WP Labuan, tiada pertambahan kes baharu dilaporkan.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia