Negeri Selangor telah mencatatkan penggunaan sebanyak 3,413 tangki oksigen atau bersamaan 53 peratus pada masa ini.
Menerusi kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia, jumlah bekalan oksigen yang ada di seluruh negeri Selangor pada masa ini adalah berjumlah 6,391 buah.
Namun penggunaannya telah mencapai sebanyak 3,413 buah atau 53 peratus pada masa ini.
Sehubungan dengan itu, beliau memaklumkan bahawa bagi meningkatkan lagi kapasiti oksigen di PKRC MAEPS yang dijadikan sebagai Hospital Bersepadu dalam perawatan COVID-19, penambahan sebanyak 1,000 tangki oksigen serta 1,000 “oxygen concentrator” telah dilakukan.
Sumber: Bernama TV