Umum telah mengetahui bahawa jangka masa jarak antara dos satu dan dos dua bagi vaksin jenis AstraZeneca pada mula-mula ianya diperkenalkan adalah selama 12 minggu.
Pun begitu, akaun Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 pada hari ini telah menyatakan bahawa selang masa bagi dos vaksin AstraZeneca kini telah dipendekkan daripada 12 minggu ke 9 minggu sahaja.
Oleh yang demikian, tambahnya, bagi sukarelawan yang mendaftar vaksin AstraZeneca pada pusingan pertama yang lalu dilaporkan akan mendapat janji temu dos kedua bagi vaksin tersebut dalam masa yang terdekat.
Sukarelawan tersebut kini bolehlah bersiap sedia dan alert akan temujanji yang akan dimaklumkan kemudian.