Selepas mengalami pelbagai rintangan dan masalah, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo kembali semula dijual di pasaran bermula hari ini (20 Julai 2020). Seorang pengguna Twitter, Helme Hanafi mengucapkan selamat kembali kepada dua akhbar tersebut.
Ramai juga netizen yang teruja dengan kembalinya Utusan Malaysia di pasaran kerana akhbar ini adalah akhbar paling lama yang bertapak di negara ini. Semoga Utusan Malaysia dan Kosmo terus berada di hati dan sanubari pembaca.

Sumber: Helme Hanafi