Sehingga kini, seramai 1,002,383 telah terkorban akibat COVID-19 di seluruh dunia. Ada ibu bapa yang kehilangan anak, anak kehilangan orang tua, dan suami atau isteri yang kehilangan pasangan tercinta.
Di Indonesia, seramai 275,213 telah disahkan positif virus berkenaan. Daripada jumlah itu, seramai 10,386 telah disahkan meninggal dunia setakat ini.
Salah seorang daripada mangsa COVID-19 di negara itu adalah isteri kepada Muhammad Ihsan Harahap Daeng Rate, Allahyarham Amirah Lahaya.
Ihsan meluahkan rasa peritnya kehilangan isteri tercinta pada 23 September lalu, hanya selepas beberapa hari disahkan positif COVID-19.



Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham Amirah sempat menghubungi suaminya, memberitahu bahawa dia bakal dipasangkan alat bantuan pernafasan, ventilator.



Kongsi Ihsan, ketika masih menunggu keputusan saringan COVID-19, mereka sempat menonton kisah Tenggelamnya Kapal Van der Wijck bersama-sama.
Kisah karya Hamka itu menceritakan tentang perpisahan pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian.








Kini, Ihsan sedang menulis sebuah buku mengenai isterinya yang tercinta. Kemaskini mengenainya boleh diikuti di sini.
Semoga Allahyarham Amirah Lahaya dan semua yang terkorban akibat COVID-19 ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada.