SEOUL – Gambar perkahwinan rasmi melibatkan selebiriti terkenal Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye-jin akhirnya didedahkan kepada umum hari ini.
Berita berkenaan perkahwinan mereka itu dimaklumkan sendiri oleh dua agensi, VAST Entertainment dan MSTeam yang mewakili kedua-dua selebiriti berkenaan sebentar tadi.
Dalam kenyataan itu, kedua-dua selebriti itu dikhabarkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup, berikutan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
”Jadi, kami berharap anda memahami dan menghormati keputusan yang diambil oleh kedua-dua pasangan ini. Di sini, kami sertakan dua keping gambar indah perkahwinan mereka untuk tatapan anda semua,” tulis agensi tersebut.
Menurut kedua-dua agensi itu lagi, pasangan pengantin baharu ini juga turut merakamkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada para peminat diatas sokongan dan kiriman doa yang mendoakan perjalanan baharu hidup mereka.
Lihat foto mereka yang menakjubkan di bawah.


Hyun Bin dan Son Ye Jin telah menjalinkan hubungan persahabatan selama bertahun-tahun sebelum bersama-sama membintangi drama hit, ‘Crash Landing On You’. Selepas tamat tayangan drama tersebut, mereka dikhabarkan bercinta dan telah mengesahkan hubungan mereka pada Januari 2020.
Selain daripada ‘Crash Landing On You‘, mereka juga pernah sama-sama membintangi sebuah filem, ‘The Negotiation’ pada tahun 2018.
Ketika mengesahkan hubungan cinta antara mereka, kedua-duanya turut mengumumkan bahawa majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada Februari tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan dua sejoli, sama cantik sama padan ini.
BACA: Ramai Yang Tak Tahu, Ini Cara Buat ‘Table’ Guna Excel Dalam ‘Smartphone’
Sumber: Soompi