Sebelum ini banyak kejadian atau idsu di mana penyewa melarikan diri dan meninggalkan sampah sarap di dalam rumah yang disewa mereka. Namun kali ini, di sebuah pangsapuri di Auburn, Maine telah menemui 19 ekor labah-labah dan seekor ular sawa yang berbahaya ditinggalkan oleh bekas penyewa.
Pemilik pangsapuri tersebut terkejut besar apabila mendapati haiwan berbahaya ini dibiarkan begitu sahaja di dalam rumah tersebut. Dengan cemas, beliau menelefon anggota penyelamat haiwan terkenal, Drew Desjardins untuk mengeluarkan kesemua haiwan tersebut.

Memetik daripada laporan Dailymail, Desjardins berkata sebanyak empat daripada 19 jenis labah-labah besar tersebut sudah mati. Bahkan, seekor ular sawa jenis ball dibiarkan hidup tanpa bekalan air.



Tambahnya lagi, haiwan-haiwan spesies ini haram untuk dijadikan haiwan peliharaan di negeri Maine. Justeru itu, kesemua haiwan ini akan dilepaskan ke lokasi yang lebih selamat.
Bagaimanapun, sehingga sekarang tuan rumah tersebut masih tidak dedahkan dirinya dan tidak diketahui apa jenis tindakannya kepada bekas penyewa tersebut.
Sumber: Dailymail